Soalan:
Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai 'jeans' dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?
Jawapan:
Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
Ini kerana tatacara berpakaian yang
dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang
sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan.
Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di
sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai
azab neraka Allah. Nauzubillah.. Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.
No comments:
Post a Comment