Thursday, March 7, 2013

Ada apa pada sepinggan nasi ?

kadang-kadang ada ayam, sotong, ikan bilis, kacang, kismis, banyak lagi kan2... TAPI.. perasan tak ? perasan apa ? contohnya dalam satu pinggan ada kismis dan sotong tu je..

jom kita bayangkan.. sotong yang dari laut, beribu batu jauhnya, beribu batu dalam dasar laut . tetiba dah siap masak, ada dalam pinggan kita. kismis pula beribu batu jauh dari tempat tinggal kita, tapi dah siap di masak dengan nasi. beras yang jauh dari rumah, sudah siap di masak. kita tinggal makan je.. kan2

jadi jangan merugutlah pasal makan,, kalau kita makan nasi dengan garam pun tetap akan berasa indah.. sebab kita makan dengan rasa cinta pada yang memudahkan setiap urusan kita...

Friday, March 1, 2013

kita selalu je takut banyak bendakan..?


Takut kepada ALLAH SWT
Jikalau ribut dan taufan kita cemas,mengapa kepada Tuhan yang menguasai ribut dan taufan itu kita tidak cemas. di musim kemarau kita mengharapkan hujan. kenapa kepada Allah yang menurunkan hujan itu kita tidak mengharap. kita merasa ngeri mendegar wabak JE telah menular,mengapa kita tidak merasa ngeri dengan allah yang mencipta wabak itu. kita terkejut ketika kilat dan petir sabung menyabung. Kenapa kita tidak terkejut dan gementar kerana letusan ALLAH kepada manusia durjana di dalam al quran?
Firman allah :”dan biarpun dengan al quran itu gunung-gunung itu digerakkan,atau bumi dapat dibelah,atau orang orang mati dapat berbicara.(mereka tidak akan mempercayainya).urusan keseluruhnya kepunyaan allah>”(ar ra d:31)
Manusia sangat takutkan kepada gempa bumi, mengapa manusia tidak takut kepada allah  yang menggoncangkan bumi sehingga terjadi gempa . manusia sering takut kepada sesuatu yang tidak patut ditakuti. manusia takut kepada hantu,tahinya pun tiada,apalagi tubuhnya,tentu jauh sekali.
Firman allah :” jangan kamu takut kepada manusia,takutlah kepada aku”(al maidah:44 )
kamu takut pada masa hadapan kamu,takut jadi miskin ,takut jadi papa sedangkan hidup kamu belum pasti di beri sampai lusa. Berapa ramai manusia yang merasa hidupnya panjang,tiba-tiba mati. Jadi mengapa kamu tidak takutkan allah yang menjadikan hidup dan mati.
 mati tidak perlu ditakuti kerana mati merupakan salah satu tabiie manusia sama seperti manusia dilahirkan . Cuma bezanya manusia lahir keluar dari rahim ibu ke dunia .manakala mati pula manusia keluar dari alam dunia ke alam akhirat. Oleh itu janganlah  anda takut kepadanya kerana Allah sentiasa bersama anda di mana sahaja anda berada.
Firman allah :”dia bersama kamu dimana sahaja  kamu berada(al hadid:4)
Orang yang beriman  tidak takut kepada sesuatu malaikat Allah. hati mereka aman dan tenteram hanya dengan mengingati Allah.
Firman allah:”ketahuilah hanya dengan mengingati allah hati menjadi tenang.”(ar ra d 28)
Mati hanya sekali,jadikannya di jalan allah