Thursday, February 28, 2013

br1m apa kata PM, nik aziz, dan ustaz azhar..?

apa kata tuan guru

apa kata PM
 


apa kata ustaz azhar















apa kata saya,, tak kisahla kerajaan mana perintah,,asalkan peminpin yang kita pilih mentaati Allah dan Rasul, hey kami suruh korang jadi peminpin untuk menegakkan keadilan dan kebenaran bukan untuk suruh hidup bermewah-mewah.

Monday, February 18, 2013

Mati hidup kembali..?


Mungkin nanti kita berkata begini, Ya Allah kembalikan kami ke dunia untuk beramal soleh walaupun sesaat. Amalan apa yang boleh kita lakukan dalam masa sesaat.?
“Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin.” (as-Sajadah: 12)
Dan berilah amaran kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu, dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan ? (Ibrahim: 44)
"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini, setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yg zalim." "Duduklah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata  kepadaku" (al-Mu'minun 107,108)
Golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "wahai Tuhanku, kembalikanlah daku supaya aku dapat mengerjakan amal soleh dalam perkara-perkara yg telah aku tinggalkan". Tidak! Mana boleh? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh sehingga hari mereka dibangkitkan semula. (al-Mu'minun 99-100)
Jadi itu lah antara kata-kata yang pasti akan diucapkan oleh orang-orang yang tidak beriman di dunia ini selepas kembalik ke kampung akhirat.
Jadi saya berpesan pada diri saya sendiri.. anggaplah yang kita sudah pun mengucapkan kata-kata itu di hadapan Allah, kita telah mati dan kini hidup kembali. serta Allah kembalikan kita di dunia untuk beramal soleh. Jadi kehidupan ini lah peluang yang kita minta kepada Allah. Persoalannya adakah kita mahu kembali kepada kekufuran, maksiat. Moga Allah kurniakan kekuatan kepada kita semua untuk melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.
Tiada daya upayaku untuk melakukan ketaatan sekecil apapun dan menjauhi maksiat sekecil apapun melainkan dengan pertolongan Allah.

Saturday, February 16, 2013

sedarkah kamu ? mungkin kamu sudah bertunang berkali-kali.

awak saya suka la kat awak, kalau awak jadi isteri saya nak tak..?
nak..

i nak jadikan u isteri i la. i suka la..

antara ayat-ayat yang selalu digunakan..

Alhamdulillah,, nasib baik saya tak pernah bertunang lagi,,,hahaha..korang,,?

Lamaranku ditolak.


saya nak lamar awak, kalau awak setuju, minggu depan saya datang dengan parent saya.. dia jawab TAK SETUJU.. ha macam mana kalau dapat jawapan ni ?? padahal kita sangat berharap dia SETUJU.. tak pa,,senyum la, sebab apa ? kalau anda frust gila-gila macam orang gila pun dia bukan nak terima pun.. lagi pun bukan jodoh kalau lamaran ditolak.. kalau jodoh mestilah diterima. betul tak ? anda kena yakin 100% jika kita nak sesuatu tapi Allah tak pekenankan bukan sebab Allah abaikan kita, tapi sebenarnya Allah nak bagi lebih baik dari tu..Allah dah simpan lebih baik dari tu, cuba anda fikir ciri muslimah yang anda lamar tu,, baik, sopan, ayu, manis dan banyak lagi la kesempurnaan dia pada pandangan anda, tapi Allah tak bagi.. dan anda banyangkan kalau Allah nak bagi lebih baik dari muslimah yang kita lamar tadi.. indahkan,, yang penting kita kena sabar, sabar itu kan indah, buahnya pasti manis.
kita kena bersangka baik terhadap takdir Allah tau.. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.
 
cerita tentang lamaran Umar Al-Khattab ditolak.

Friday, February 15, 2013

cara mendapatkan sesuatu dengan cinta ??


Kalau kita bercinta dengan seseorang yang kaya, mesti kita akan dapat kekayaannya sikit.
Kalau kita bercinta dengan seseorang yang baik, mesti kita akan dapat kebaikannya sikit,
sama juga kalau kita bercinta dengan orang cerdik, alim, pemurah, suka membantu dan bayak lagilah sikap yang baik..
TAPI kenapa kita tak bercinta je terus dengan yang memiliki semua kebaikan itu..?? yang punya kekayaan, yang punya kasih sayang, yang punya sifat pemurah yang melebihi segalanya,


Ayam kfc datang waktu tidur

 Alhamdulillah..
Assalamualikum..

Selamat pagi... pagi lagi ke.haha. hai cuti-cuti ni susahlah pula nak bangun pagi.. ajie tadi lepas solat subuh duduk kejap.. lepas tu baring-baring,, terus je tak sedar, dalam pukul 11 tadi baru terjaga, itu pun sebab kawan buka pintu bilik. dia balik bawa kfc..hehe.. ajak makan sekali.. ha apa lagi,, dengan tak mandi,, basuh muka je,,terus terjah..

rezeki jangan ditolak..bala jangan dicari..hehe. cuba kita jadi orang yang berfikir sejenak..

 

Berfikir Sesaat Lebih Baik Beribadah Setahun dan Tujuh Puluh Tahun

tanpa kita minta rezeki Allah yang maha pemurah itu sentiasa datang tanpa dijanka. Bertapa murahnya rahmat Allah tu, bertapa sayangnya Allah itu pada kita.. pada hal hati ini masih belum mencintai Allah dengan sepenuhnya.. Allahu akbar.. bertapa lemahnya diri ini.. Tuhan.. Kerana kelemahanku..Aku tidak dapat lagi mencintaimu..Tapi tidak benci..Walaupun begitu,,Jangan pula engkau tidak mencintai aku.. Aku cuba mencintaiMu tuhan..Tapi belum menjadi kenyataan lagi..

Moga kita jadi orang yang bersyukur sekecil apapun nikmat Allah.. ya Allah ampunkan kami jika setiap nikmat yang engkau berikan sekecil apa pun kepada kami.. lalu kami gunakan nikmat itu untuk bermaksiat kepadaMu..

cara melamar perempuan


malam yang penuh kegelapan

Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.

Apa itu ubudiyah

ubudiyah (kehambaan) ialah patuh taat terhadap semua perintah dan larangan, mengerjakan perintah dan meninggalakan larangan tampa membantah dan merasa keberatan.

Thursday, February 14, 2013

Bila Kita Ditinggalkan

Bila kita ditinggalkan oleh orang yang kita suka dan sayang, kita akan rasa kecewa, rasa kehilangan yang amat sangat. Tapi bila saat kita tinggalkan Allah dalam hidup kita..?? ada tak kita rasa apa-apa tak..?

Dari Umar bin al Khattab RA berkata:“Bahwa beliau datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu ketika ia mendapatkan seorang anak di antara tawanan tersebut, dia langsung mengambil anak itu lalu memeluknya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi ALLAH, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihi hamba-NYA daripada wanita ini terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Monday, February 4, 2013

kalau dia dah terlanjur


Soalan:
Seorang teman pernah terlanjur. Namun dia tidak ingin terus menerus berbuat dosa. Apakah ada cara-cara tertentu atau doa-doa tertentu supaya lelaki tersebut mahu mengambilnya sebagai isteri yang sah?

Jawapan:
    Langkah awal yang perlu ia lakukan sebelum berdoa agar Allah SWT mempertemukan jodoh dengan yang dihajati iaitu bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat Nasuha atau taubat yang sebenarnya. Yang paling penting hentikan segala perbuatan dosa yang dilarang dan dikutuk oleh Allah, kerana perbuatan tersebut menutup segala hajat dan cita-cita kita. Dosa juga menyebabkan doa-doa kita terhalang dikabulkan Allah.
    Jika kita telah bertaubat, ketika itu bermohonlah kepada Allah SWT agar dipertemukan jodoh dengan orang yang ditakdirkan-Nya. Jika Allah menghendaki dengan orang yang pernah melakukan dosa dengannya sebagai jodohnya, maka terimalah ketentuan Allah itu sebagai suatu takdir-Nya. Namun jika dipertemukan dengan orang lain, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuknya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Sila rujuk buku:

sah tak solat jumaat saya sekiranya saya tidak mendengar kutbah jumaat


Soalan:
Setiap hari jumaat semua muslim menunai solat Jumaat,sah tak solat jumaat saya sekiranya saya tidak mendengar kutbah jumaat?

Jawapan:
    Jika kita terlambat sampai ke masjid disebabkan oleh halangan tertentu yang tidak disengaja akhirnya tidak sempat mendengar khutbah Jumaat dan kita sempat mengerjakan solat Jumaat, maka sah Jumaat anda.Namun jika tidak mendengar khutbah Jumaat tersebut kerana sengaja maka hukumnya berdosa sebab dua Khutbah Jumaat termasuk dalam syarat sah Jumaat.

boleh ke kalau pakai macam ni ?


Soalan:
Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai 'jeans' dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?


Jawapan:
    Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
    Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram  di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah..
    Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.